free hit counter

berita terkini lahad datu 12.3.2013

Berita terkini Lahad Datu 12.3.2013 – OPS DAULAT hari ke – 8

Selepas seminggu Ops Daulat, pasukan keselamatan berjaya membersihkan Kampung Tanduo daripada pengganas dan menaikkan bendera Malaysia di kawasan itu

Mengisytiharkan operasi mengesan pengganas di Kampung Tanduo telah selesai, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, fokus kini ditumpukan di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis

kampung tanduo bersih gambar berita terkini lahad datu 12.3.2013

Walaupun aktiviti harian di Semporna dan Lahad Datu berjalan seperti biasa, beliau mengingatkan penduduk kampung untuk tidak memasuki Tanjung Batu dan Sungai Bilis yang masih diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah

Sementara itu, keluarga Jamalul Kiram dilaporkan telah meminta bantuan kerajaan Filipina untuk membincangkan mengenai pengunduran pengikutnya yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo

OP Daulat : Video sidang media 12 mac 2013

Enam suspek dipercayai pengganas Sulu ditahan Polis

Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau,Semporna pada Selasa

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit

Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam…jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak,katanya ketika dihubungi

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu

Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan BERNAMA

Al – Fatihah : seorang anggota tentera terkorban

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan

Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan,katanya

gambar Prebet Ahmad Hurairah Ismail berita terkini lahad datu 12.3.2013

Video sidang media Ops Daulat :  jam 8.15 malam