free hit counter

berita terkini lahad datu 18 mac 2013

Berita terkini Lahad Datu 18 Mac 2013 – Pengganas terus digempur

ops daulat terkini berita terkini lahad datu 18 mac 2013

Usaha untuk membersihkan pengganas yang menceroboh Lahad Datu Sabah giat direalisasikan oleh pasukan keselamatan negara,dimana pada hari ini Operasi Daulat sudah memasukan hari yang ke – 14

Semalam menyaksikan seorang lagi pengganas yang berjaya ditembak mati setelah berlaku pertempuran di Kampung Tanjung Batu

Setakat ini,bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh adalah 62 orang  dan 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

Turut ditahan dipercayai anggota keluarga Jamalul Kiram

Berkaitan adalah perkembangan semasa Operasi Daulat dan situasi di kawasan insiden yang berlaku pada hari ini

Kereta kebal berantai tiba dan pertempuran pagi tadi tiada laporan kematian

kereta kebal berantai adnan di lahad datu berita terkini lahad datu 18 mac 2013

Kereta kebal berantai dari Tawau tiba di bandar Lahad Datu kira-kira jam 2.30 petang tadi

Kereta kebal berantai itu diangkut menggunakan treler diiringi trak tentera dan polis, meneruskan perjalanan ke Felda Sahabat untuk membantu Ops Daulat

Manakala dua pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan dengan pengganas di Tanjung Batu, masing-masing jam 8.05 dan 9.45 pagi tadi dan menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata bagaimanapun tiada kecederaan atau kematian di dua pihak terbabit

Pengganas Sulu akan ditumpaskan dalam tempoh terdekat

komando di lahad datu berita terkini lahad datu 18 mac 2013

Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang

Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia

Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan,katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16

Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas

Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata,katanya

Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu

Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan,katanya