free hit counter

berita terkini lahad datu 8.3.2013

Berita terkini Lahad Datu 8.3.2013 – Pengganas Sulu sudah lemah?

ops daulat terkini berita terkini lahad datu 8.3.2013

Saat ini,saki-baki pengganas Sulu semakin terdesak malah diyakini berada dalam keadaan lemah,difahamkan Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah antara 31 yang lain terbunuh semasa pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dalam Ops Daulat yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan

Sejak semalam,jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang

Sementara itu,individu(Jamalul Kiram III) yang mengelarkan dirinya Sultan Sulu,yang sebelum ini dengan pendirian tegasnya yang berpaksikan sejarah purba kala menggangap Sabah adalah tanahair mereka itu secara tiba-tiba mengisytiharkan gencatan senjata bagi pihak kumpulan pengganas itu semalam

jamalul kiram III wanted berita terkini lahad datu 8.3.2013

Tetapi sudah lewat Kiram!,malah gencatan senjata itu ditolak mentah-mentah oleh Malaysia ekoran perbuatan kumpulan pengganas Sulu itu yang telah membunuh lapan pasukan keselamatan negara sebelum ini

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau turut tidak mempercayai tawaran gencatan senjata tersebut

Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram

Demi kepentingn rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan

Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat

Video sidang media pengisytiharan gencatan senjata Jamalul Kiram III

Sabah diperkuatkan dengan 7 batalion

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan telah menjadikan lima buah daerah di Pantai Timur Sabah sebagai ‘kawasan keselamatan khas‘ dalam usaha untuk memperkukuhkan dan menjaga keselamatan rakyat

Perdana Menteri berkata, persetujuan untuk mewujudkan kawasan itu telah dipersetujui Kabinet sebagai bukti kerajaan begitu mengambil berat mengenai keselamatan dan kedaulatan Sabah yang telah diceroboh pengganas Sultan Sulu sejak 12 Februari lalu

Katanya, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak

Keadaan di kawasan insiden terkawal

Suasana ketenteraman awam di sekitar pekan Lahad Datu dan Semporna semakin pulih semalam dengan trafik mulai sibuk dan premis perniagaan beroperasi seperti biasa

Sekatan polis dan rondaan pasukan keselamatan di kedua-dua kawasan ini bagaimanapun masih diteruskan dan orang ramai sudah mula yakin dengan keadaan yang semakin terkawal

Di Lahad Datu, walaupun premis perniagaan ditutup awal pada 7 petang, namun pengusaha kedai makan terus membuka perniagaan mereka sehingga ke tengah malam

Tiga buah sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac turut dibuka semua semalam selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal

Lapan sekolah lain bagaimanapun masih ditutup dan sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana

Bagaimanapun penduduk di Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu, Tanagian dan Sungai Bilis masih belum dibenarkan pulang dan masih ”berkampung” di Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu

Sambil mengharapkan pasukan keselamatan dapat menghapuskan saki-baki kumpulan itu dalam masa terdekat, Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian Assaffal Alian, 48, berkata ada penduduk masih trauma dengan kejadian pencerobohan itu

Namun kawalan yang ketat 24 jam yang dilaksanakan polis, tentera serta JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) sedikit sebanyak meredakan ketakutan yang dialami mereka – BERNAMA

Malaysia mula garang

pm najib 1 berita terkini lahad datu 8.3.2013

Media melaporkan,Malaysia memberikan kata dua kepada saki-baki kumpulan bersenjata Sulu, sama ada ‘menyerah diri anda! atau dihapuskan’!

Ketika pasukan keselamatan elit mengetatkan kawalan terhadap kumpulan lelaki bersenjata di persekitaran dua kampung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tawaran gencatan senjata yang dibuat oleh Sultan Jamalul Kiram III pada Khamis dan mengisytiharkan bahawa tentera dan polis akan terus memburu saki-baki kumpulan bersenjata Sulu jika mereka enggan berputus asa

Operasi-operasi akan diteruskan,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas melihat dengan lebih dekat operasi serangan terhadap lelaki bersenjata Sulu, yang memasuki hari ketiga, Khamis

Najib berkata beliau menerima panggilan daripada Presiden Filipina Benigno Aquino III pada awal hari Khamis bertanya kepadanya tentang perasaan rakyat Malaysia tentang tawaran gencatan senjata Jamalul

Saya memberitahunya bahawa mereka perlu meletakkan senjata tanpa syarat

Najib berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian tentera dan pasukan polis yang bergabung dan berkata ia akan menjadi rangka kerja untuk mengadakan operasi bersama yang lebih dalam menangani ancaman keselamatan masa depan

Video sidang media OP Daulat pada 8 Mac Jumaat

Polis nafi khabar angin 700 penceroboh masuk Sabah

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan khabar angin bahawa 700 lelaki bersenjata Sulu telah memasuki Sabah

Saya menerima maklumat terdapat SMS dan laporan di media sosial palsu mendakwa bahawa lelaki bersenjata ini telah memasuki Kota Kinabalu dan Tawau untuk menimbulkan kekacauan,” katanya dalam satu sidang akhbar

Ia tidak benar. Jangan percaya dengan laporan yang tidak disahkan oleh polis dan tentera. Sila maklumkan kepada polis jika anda melihat apa-apa maklumat melalui media sosial atau mesej teks, katanya