free hit counter

berita terkini lahad datu sabah 5.3.2013

Berita terkini Lahad Datu Sabah 5.3.2013 – tentera serang penceroboh

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi

tentera di lahad datu berita terkini lahad datu sabah 5.3.2013

Kumpulan bersenjata Sulu telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata

Mereka adalah pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan telah dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang tentera negara melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu

Tiada anggota keselamatan cedera

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah

Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan)

Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi,” katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu pada Selasa

Video sidang media Ketua Polis Negara dan gempur pengganas : OPS SULU

20 mayat pengganas ditemui

Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo lapor media

Namun, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas

Keadaan di Semporna di jamin terkawal

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kawalan keselamatan di daerah Semporna yang terletak berhampiran Lahad Datu, diperketatkan ekoran serangan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu

Beliau memberi jaminan kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa keadaan keselamatan di daerah ini, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Lahad Datu, adalah terkawal.

Ismail berkata operasi yang dijalankan pihak keselamatan di kawasan itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk di Semporna yang rata-rata melahirkan kebimbangan mungkin berlaku serangan balas oleh pihak penceroboh di kawasan itu

Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan di daerah Semporna terutama dikawasan Kampung Simunul. Pegawai dan anggota polis telah bersiap-sedia daripelbagai aspek, jadi saya minta orang ramai jangan panik,” katanya

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab, sambil menegaskan bahawa langkah keselamatan yang diatur pasukan keselamatan adalah yang terbaik – BERNAMA

Pasukan keselamatan mampu tumpaskan saki baki penceroboh

Pasukan keselamatan mempunyai kepakaran untuk menumpaskan saki baki penceroboh bersenjata selepas serangan udara dan darat dilancarkan pagi ini untuk mengakhiri insiden pencerobohan yang berlarutan selama 21 hari di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Katanya walaupun kawasan yang diceroboh mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar dan diibarat ‘lubuk permainan’ penceroboh, namun kepakaran serta taktik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup membanggakan

Oleh itu, katanya Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menangani insiden pencerobohan di Sabah kerana ia mempunyai pasukan keselamatan yang kuat

solat hajat berita terkini lahad datu sabah 5.3.2013

Para jemaah mengaminkan doa selamat selepas menunaikan solat hajat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat berhubung insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah di Masjid Putra di sini malam ini

Kementerian Luar Diminta Desak Filipina Ektradisi Jamalul Kiram

jamalul kiram III sultan sulu berita terkini lahad datu sabah 5.3.2013

Jamalul Kiram III (duduk) bersama pengikutnya di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila selatan

Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata diSabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa kenyataan.

Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Bernama