free hit counter

berita terkini ribut tropika sonamu 2013 di malaysia

Berita terkini ribut tropika Sonamu 2013 di Malaysia

Orang ramai diminta tidak terlalu percayai mengenai penyebaran maklumat palsu menerusi laman sosial antaranya Facebook dan Twitter yang mengatakan bahawa fenomena ribut tropika Sonamu bakal mencetuskan tsunami

laporan terkini ribut sonamu 2013 1 berita terkini ribut tropika sonamu 2013 di malaysia

Menurut sumber yang dipercayai negeri di pantai timur seperti Terengganu,Kelantan dan Pahang hanya menerima tempias sahaja,lagipun merujuk kenyataan pihak yang terbabit hanya mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning akan berlaku, bukan amaran tsunami

Disebabkan angin kencang dan laut bergelora, hujan lebat akan berlaku dan akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah

Melalui penyelidikan pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand

laporan terkini ribut sonamu 2013 berita terkini ribut tropika sonamu 2013 di malaysia

Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia

Namun Sonamu dijangka tidak akan menghentam Malaysia tetapi hanya tempias dimana, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h