berita terkini lahad datu 9.3.2013

March 9, 2013

Berita

Berita terkini Lahad Datu 9.3.2013

ops daulat terkini berita terkini lahad datu 9.3.2013

Berikut adalah rangkuman informasi mengenai perkembangan semasa insiden pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan bersenjata pengganas Sulu yang akan dikemaskini sepanjang hari ini pada Sabtu 9 Mac 2013

Keadaan tetap terkawal

Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat

OP Daulat hari ke -5 

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac

pray for sabah berita terkini lahad datu 9.3.2013

Seorang pengganas Sulu berjaya ditembak mati

ops daulat 9 3 2013 berita terkini lahad datu 9.3.2013

Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati di Kampung Tanjung Batu, dekat sini pada jam 8 pagi tadi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki terbabit dibunuh ketika berbalas tembak dengan pasukan keselamatan ketika mencuba melarikan diri daripada operasi mencari dan menggeledah

Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac

Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah  53 orang

Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan

operasi daulat 9 mac 2013 berita terkini lahad datu 9.3.2013

Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan mortar ke Kampung Tanduo semasa menjalankan operasi, Sabtu -foto Kementerian Pertahanan

Penceroboh (Pengganas) terperangkap

pengganas sulu pakai tangkal ilmu kebal berita terkini lahad datu 9.3.2013

MAYAT PENGGANAS SULU : pakai tangkal kononnya kebal

Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri

Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu

Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu,katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti dijadikan laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini

Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut

Jadi, kita akan perketatkan kepungan di kawasan itu,katanya

Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk (Bernama)

Video OP Daulat : Sidang Media

27 orang suspek ditahan di Tanjung Batu

Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang mencurigakan di kawasan pantai di Tanjung Batu di Tanjung Labian di sini hari ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu kesemua suspek ditahan ketika berada di dalam bot

Jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang sebelum ini

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat