Berita terkini pencerobohan Lahad Datu 1.3.2013 – kesal pertumpahan darah tapi tiada pilihan lain
Sedih tatkala mengenangkan insiden kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang menceroboh lebih tiga minggu itu
Inilah harga yang perlu dibayar,ekoran pihak kerajaan Malaysia telah banyak berlembut dengan kumpulan diketuai Rajah Mudah Azzimudie Kiram itu dalam usaha untuk menamatkan konflik ini tanpa berlakunya pertumpahan darah

Namun itu yang dikehendaki kumpulan itu,mereka tidak langsung memanfaatkan peluang dan ruang yang diberikan kepada mereka
Terdahulu pihak kerajaan Malaysia telah mengadakan rundingan,melanjutkan tempoh menyerah diri supaya kumpulan itu meninggalkan Sabah dengan aman
Tetapi itulah desakan tuntutan yang berpaksikan sejarah lampau,membuatkan kumpulan itu nekad merealisasikan perjuangan diluar jangkaan umum

Tuntutan : supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina (Sultan Jamalul Kiram III)
Selain itu,desakan pihak kerajaan Filipina kepada kumpulan itu supaya meninggalkan Sabah juga tidak diendahkan meskipun diberi amaran akan berdepan dengan tindakan undang-undang

Justeru itu daripada kronologi yang berlaku,tiada sebab untuk menuduh pihak berkuasa tidak memberi ruang dan masa kepada mereka yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah
Mereka yang inginkan konflik ini berakhir dengan cara sedemikian

Mengenai insiden berbalas serangan pasukan keselamatan Malaysia dikatakan melepaskan tembakan sejurus dilakukan dahulu oleh kumpulan bersenjata Sulu
Dilaporkan sekurang-kurangnya 12 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera dan Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut

Manakala 3 anggota PGA lagi cedera.Sumber berkata Tiga anggota PGA yang cedera telah dibawa ke hospital Lahad Datu

Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban
Keadaan Reda
Keadaan reda dilaporkan dalam insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu pada petang Jumaat selepas berlakunya kejadian tembakan di kampung Tanduo
Perintah berkurung dikenakan
Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo
Sumber berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam
“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya

March 1, 2013
Berita