Berita terkini Pencerobohan Lahad Datu 2.3.2013 – menamatkan saki-baki pengikut Sultan Sulu
Semalam,pihak polis telah mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu
Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera, kata polis, laporĀ Bernama

Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo
Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang sedang berkawal, kata Pasuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Lahad Datu, beliau berkata insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit
Namun menurut laporan tidak rasmi,saki baki penceroboh yang lain masih lagi berlindung di Kampung Tanduo
Pihak polis kini masih lagi mengepung penceroboh yang lain
Video laporan Al Jazeera mengenai konflik Pencerobohan Lahad Datu Sabah
Kemaskini perkembangan di Lahad Datu pada Sabtu 2 Mac 2013 rujuk kepada laporan disertakan


March 2, 2013
Berita