Lahad Datu Sabah 7.3.2013 perkembangan terkini

Semalam,dalam Operasi mencari dan menggeledah Ops Daulat yang masuk hari kedua di Kampung Tanduo menemui sepuluh mayat kumpulan pengganas Sultan Sulu dengan sembilan daripada mayat itu sudah berulat dan berbau busuk
Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam satu lubang besar yang ditutup dengan kayu dipercayai ditanam oleh kumpulan pengganas sebelum mereka berjaya menyelinap keluar meninggalkan Kampung Tanduo
Justeru itu,pasukan keselamatan Malaysia pastinya akan menemui lebih ramai lagi pengganas Sulu sama ada hidup atau mati apabila pasukan keselamatan memperluaskan pemburuan terhadap kumpulan bersenjata Sulu,selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa
Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada laporan media,berkata, mereka mempercayai lelaki pengganas Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana
Tembak menembak berlaku dan jet pejuang berlegar di udara

Anggota tentera mengaminkan doa sebelum meneruskan Op Daulat bagi mengesan saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih berlindung di Kampung Tanduo di Lahad Datu
Akhbar Utusan Online melaporkan Kejadian tembak-menembak dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo kira-kira pukul 9.15 pagi ini
Bagaimanapun, sebarang kematian atau kecederaan belum dapat disahkan
Sebelum itu turut dilaporkan beberapa jet pejuang dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi Khamis.
Pesawat dipercayai menuju ke arah Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di mana lelaki bersenjata Sulu telah terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia
Bekal makan dan senjata : Kepungan di Laut dan Darat
Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar dari Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan
Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat
Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung,pada Khamis
Video perkembangan semasa Ops Daulat : Sidang Media
Sultan Jamalul Kiram III umum gencatan senjata sebelah pihak

Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog
“Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis,” kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana
Beliau berkata ini adalah “untuk membalas seruan PBB untuk memelihara nyawa.” Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini
Komen Tun M mengenai gencatan senjata Sultan Sulu

Gencatan senjata hanya boleh dilakukan jika kumpulan penceroboh berhenti mengganas di Sabah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau mengulas kenyataan terbaru Sultan Jamalul Kiram III supaya dilakukan gencatan senjata di Sabah
Dr Mahathir berkata, Kiram sendiri tidak dapat mengawal pasukan penceroboh yang sudah berikrar akan berjuang habis-habisan, katanya kepada pemberita
Jangan percaya gencatan senjata Jamalul Kiram III

“Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata Jamalul Kiram (III)”
Demikian tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentara tadi mengulas tawaran Jamalul, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, meminta agar diadakan gencatan senjata susulan situasi semasa di Lahad Datu termasuk serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan yang menceroboh wilayah Sabah sejak hampir sebulan lalu
Selain itu, Jamalul juga meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata.
Beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa
Menjawab perkembangan itu, menerusi mesej Twitter, Zahid berkata: “Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingn rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan”
Dalam mesej susulan, Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat – Sinar Harian
Ops Daulat : Kematian 52 pengganas sulu
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang
Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis
Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah
video sidang media Ops Daulat 7 March 2013

March 7, 2013
Berita