Lahad Datu terkini berita 17 Mac 2013 – Operasi Daulat hari ke-13

OPS DAULAT yang kini berlanjutan hari ketiga belas pada Ahad 17.3.2013 diteruskan dan difahamkan operasi yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu akan direalisasikan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan (zon merah) bersih daripada pengganas yang menceroboh Sabah
Berikut adalah kronologi semasa yang berkaitan dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu
Suspek pengganas sulu bunuh diri dalam lokap
Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri lapor akhbar BH online
Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas
Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)
Dalam pada itu pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia
Mengulas lanjut,Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mengesahkan kejadian itu
barangan pengganas yang ditemui

Foto di antara barangan pengganas ditemui yang dikongsikan menerusi laman sosial facebook
Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu
Seorang pengganas ditembak mati di kampung Tanjung Batu

Menerusi laporan di laman Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia,melaporkan pada jam 9.55 pagi, pasukan keselamatan telah terserempak dengan pihak musuh di Kampung Tanjung Batu dan berlaku pertempuran di mana pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang musuh
Setakat ini pasukan keselamatan masih lagi bertempur dengan pihak musuh dan usaha-usaha menjejaki saki baki musuh masih diteruskan
Dengan ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media
Anggota keluarga Kiram salah daripada 104 suspek pengganas sulu yang ditahan
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)
Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain… di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain
Ini kita sedang siasat,katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini

March 17, 2013
Berita