Pekembangan terkini di Lahad Datu Sabah 6.3.2013 – jumlah kematian penceroboh?
Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini, pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan berakhir
Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan
Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu
Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung
Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati
Sementara itu menerusi kenyataan media yang dimuatkan di laman Facebook PDRM, pasukan keselamatan itu menyatakan kemungkinan operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lain
Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi
Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi,kata kenyataan itu
Lagi suspek penceroboh di tangkap

Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul,Sabtu lalu
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna
Mayat penceroboh ditemui dan gambar disiarkan kepada media

13 anggota pengganas Sulu mati dalam Op Daulat yang dilancarkan awal pagi semalam sehingga kira-kira jam 4.15 petang ini
Foto sembilan daripada mayat berkenaan dipamerkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media
Laporan turut memaklumkan seorang pegawai forensik polis yang menjalankan tugas dalam operasi mencari dan menggeledah diserang pengganas Sulu tetapi terselamat pada kira-kira jam 1.45 petang tadi

Mayat penceroboh sulu yang ditemui semasa mopping up Pasukan Keselamatan

March 6, 2013
Berita