free hit counter

br1m 3.0 borang online permohonan dan pendaftaran

Download (muat turun) borang permohonan online dan pendaftaran BR1M 3.0
download Borang permohonan br1m 3.0 2014 br1m 3.0 borang online permohonan dan pendaftaran

Borang BR1M 3.0

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah dan individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas diteruskan sepertimana dijanjikan oleh kerajaan

Malah pada pembentangan bajet 2014 tempoh hari menyaksikan kriteria atau kelayakan penerima BR1M diperluaskan dan nilai bantuan dinaikkan dari tahun sebelumnya

Pemberian itu juga adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah

Selain itu caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal

Berikut adalah syarat dan kriteria layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Isi RumahSyarat
Bantuan RM650

  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi RumahSyarat
Bantuan RM450

  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Definasi Isi Rumah

Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun dudaSyarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapati secara online dilaman berikut:

http://www.hasil.gov.my
http://www.treasury.gov.my

Borang turut boleh didapati dilokasi seperti yang dinyatakan dibawah

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai BR1M 3.0 akan dinyatakan dalam ruangan yang disediakan dibawah dari masa ke semasa

TarikhButiran kemaskini
13
November
borang br1m 3.0 online br1m 3.0 borang online permohonan dan pendaftaranPermohonan dan pendaftaran BR1M 3.0 untuk pemohon baru dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2013
18
November

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari 2014

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika terdapat sebarang perubahan

Bagi pemohon baru pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut

Untuk mendapatkan borang, sila rujuk maklumat awal di atas

Duit BR1M 2014 akan diterima kepada yang layak bermula Februari 2014

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang

*Bagi memudahkan anda, kami akan kongsikan borang, dan pautan (link) untuk membuat permohonan BR1M 3.0 nanti*

13
November
Bagi mengisi borang permohonan dan pendaftaran baru BR1M 2014 atau kemaskini maklumat daripada penerima BR1M sebelum ini boleh dibuat secara online, klik pada judul pautan (link dibawah)

Sistem online e-BR1M 2014

Dalam laman sistem berkenaan pemohon boleh mendapatkan maklumat lain seperti panduan pengguna dan merangkumi:-

  • Panduan Permohonan baru BR1M 2014
  • Kemaskini maklumat

Untuk memuat turun (download) borang BR1M 3.0 (2014) jika ingin membuat permohonan dan kemaskini maklumat secara manual klik pada judul pautan (link) dibawah

Download Borang permohonan BR1M 3.0 tahun 2014

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana- mana cawangan LHDNM berhampiran