free hit counter

cara dan syarat mohon rebat rm200 telefon 3g

Cara dan syarat mohon rebat RM200 telefon 3g

Belia berusia di antara 21 dan 30 tahun yang berpendapatan kasar di bawah RM3,000 boleh memohon rebate RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa 1 Januari 2013

rebat rm 200 telefon 3g cara dan syarat mohon rebat rm200 telefon 3g

Pendaftaran ini adalah dibawah Pakej Komunikasi Belia dan permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) dengan melayari laman web Insiatif  Jalur Lebar Negara di url http://nbi.skmm.gov.my

Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas

Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran,katanya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013

Dengan rebat itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baru, katanya sambil menolak dakwaan had RM500 adalah rendah kerana ada lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G