free hit counter

check result pspm 2 pst pdt matrikulasi 2013 semester ii iv

Keputusan peperiksaan PSPM II  PST PDT Matrikulasi 2012/2013 semester 2 dan IV

semak matrikulasi 2013 tarikh KEPUTUSAN check result pspm 2 pst pdt matrikulasi 2013 semester ii iv

Menerusi pengumuman, calon yang telah menduduki peperiksaan seperti yang telah dinyatakan dijangka boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berikut

Berikut adalah maklumat semakan yang berkaitan

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Semester II, Sesi 2012/2013

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester IV, Sesi 2012/2013

keputusan peperiksaan yang dinyatakan seperti diatas boleh disemak pada 5 Jun 2013 (Rabu) mulai jam 10.00 pagi melalui kaedah dan saluran di bawah

matrikulasi result pspm pdt pst ii 2012 2013 check result pspm 2 pst pdt matrikulasi 2013 semester ii iv

Secara online

Calon perlu melayari laman web aplikasi semakan di pautan, klik http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam dan mengikuti arahan yang diminta

Guna Sistem Pesanan Ringkas SMS

Taipkan MOE MAK No kad Pengenalan hantar ke 15888
Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

Telefon

Kolej masing-masing
Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844022

Manakala bagi calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester II, Sesi 2012/2013, keputusan peperiksaan boleh diperolehi di kolej masing-masing pada 6 Jun 2013 (Khamis) mulai jam 10.00 pagi

Syarat kelayakan meneruskan pengajian adalah seperti berikut

Semester II, Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

Pelajar yang memperoleh 1.50 ≤ PNGK < 2.00 akan diberi status gagal dan ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

Pelajar mengulang pada sesi lepas yang memperolehi PNGK < 2.00 akan diberikan status gagal dan TIDAK ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

Pelajar yang memperolehi PNGK < 1.50 akan diberikan status gagal dan TIDAK ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

Semester IV, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pelajar yang memperoleh PNGK < 2.00 akan diberikan status gagal dan TIDAK ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Semester II, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pelajar yang memperoleh 1.50 ≤ PNGK < 2.00 gagal kali pertama dan dibenarkan meneruskan pengajian ke Semester III dengan amaran

Pelajar yang memperoleh 1.50 ≤ PNGK < 2.00 gagal kali kedua atau PNGK < 1.50 akan diberi status gagal dan diberhentikan daripada pengajian

Bagi calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman rasmi bahagian Matrikulasi di pautan url

Dikemaskini (5.6.2013 jam 4.50 petang)

Pemberitahuan daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Sesi 2012/2013 pada 6 Jun 2013 mulai jam 12 tengah hari dengan menggunakan salah satu daripada cara yang dinyatakan diatas

Disamping itu, pelajar dinasihatkan melayari Portal KPM di url http://www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut