free hit counter

gambar penduduk kg seri jaya simunul angkat mayat penceroboh

Gambar penduduk Kg Seri Jaya Simunul angkat mayat penceroboh

Dianggarkan 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa lapor berita bernama

Menurut Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam

mayat penceroboh kg sri jaya simunul gambar penduduk kg seri jaya simunul angkat mayat penceroboh

Penduduk kampung mengusung mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung Seri Jaya, Simunul pada Isnin 4 Mac 2013

Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh

Jangan percaya khabar angin

Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan

mayat penceroboh kg sri jaya simunul 2 gambar penduduk kg seri jaya simunul angkat mayat penceroboh

Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis,katanya

Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu

mayat penceroboh kg sri jaya simunul 3 gambar penduduk kg seri jaya simunul angkat mayat penceroboh

Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis

Enam anggota Polis yang terkorban di Semporna dinaikkan pangkat

6 anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah dinaikkan pangkat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataan beliau kepada media

Sebelum itu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkara itu kepada beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, setibanya jenazah mereka di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas kenaikan pangkat ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangkan beban keluarga mereka,kata Khalid kepada pemberita