free hit counter

harga tambang pergi tunai haji di mekah tahun 2013

Harga tambang pergi tunai haji di Mekah tahun 2013

Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom

tambang haji 2013 harga tambang pergi tunai haji di mekah tahun 2013

Beliau berkata kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas

Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu kos seorang jemaah adalah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang

Tetapi di atas sifat kemurahan Tabung Haji melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan muzakarah haji peringkat kebangsaan kali ke-29 anjuran Lembaga Tabung Haji (TH)