free hit counter

hisap rokok e-elektronik bahaya kesihatan

Kesan hisap rokok e-elektronik bahaya kesihatan

Penjualan rokok e-elektronik bukan saja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984

e rokok bahaya kesihatan hisap rokok e elektronik bahaya kesihatan

Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, katanya

Liow berkata, walaupun salah, penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati membuat pembelian menerusi internet

Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik, katanya