Borang pendaftaran online rebate RM200 handphone 3G
Sepertimana yang telah diumumkan oleh laman rasmi SKMM pendaftaran online bagi permohonan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G dengan harga maksimum RM500 telah dibuka pada 1 Januari 2013

Untuk membuat permohonan sila klik tajuk capaian Pakej Komunikasi Belia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Cara Mohon
Sila pilih kategori pemohon antaranya
- Pekerja
- Pelajar
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon
- Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah
- Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500)
- Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar dan Satu telefon hanya untuk satu belia
Untuk lebih jelas lagi,sila klik tab soalan lazim pada laman rasmi permohonan tersebut dan juga klik tab pemberi perkhidmatan untuk mengetahui penyedia perkhidmatan yang terlibat

Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar
Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi yang mana terdahulu
Dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada

January 1, 2013
Info