Belia berusia di antara 21 dan 30 tahun yang berpendapatan kasar di bawah RM3,000 boleh memohon rebate RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa 1 Januari 2013

Pendaftaran ini adalah dibawah Pakej Komunikasi Belia dan permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) dengan melayari laman web Insiatif Jalur Lebar Negara di url http://nbi.skmm.gov.my
Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas
Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran,katanya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013
Dengan rebat itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baru, katanya sambil menolak dakwaan had RM500 adalah rendah kerana ada lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G

December 28, 2012
Info