free hit counter

kekecohan di stadium lumut perak vs jdt johor darul takzim

Kekecohan di Stadium Lumut Perak vs JDT Johor Darul Takzim Liga Super 27 April 2013

perak vs jdt gaduh kekecohan di stadium lumut perak vs jdt johor darul takzim

Pertembungan diantara skuad ‘Seladang’ dan ‘Harimau Selatan’ pada aksi saingan liga super di Stadium TLDM Lumut, bukan sahaja menyaksikan satu perlawanan yang penuh dramatik,dimana pasukan Perak berjaya menewaskan¬† JDT¬† 3-0 namun disebaliknya mempunyai cerita lain

Sebaik sahaja perlawanan tamat Stadium Lumut yang dibanjiri oleh kedua-dua penyokong menjadi panas disebabkan kekecohan yang timbul

Menurut sumber insiden kekecohan itu dipercayai berlaku apabila penyokong kedua-dua pasukan bertembung di pintu keluar stadium walaupun pada asalnya pihak pengurusan mengarahkan peminat untuk menggunakan pintu berasingan

Malah dalam kekecohan tersebut, ada yang mengatakan seorang penyokong JDT cedera di kening akibat terkena objek dipercayai dibaling penyokong lawan

Kesan daripada situasi tegang itu,bagi mengelakkan skrip yang tidak diingini berlaku memaksa penyokong JDT yang masih berada di stadium berkumpul di tengah padang bagi memastikan situasi pulih dahulu sebelum pulang ke Johor

kekecohan perak vs jdt liga super 2013 stadium lumut kekecohan di stadium lumut perak vs jdt johor darul takzim

Dalam perkembangan yang sama,menurut laporan terbaru yang disiarkan akhbar,Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mungkin akan dikenakan denda atau larangan beraksi di depan penyokong sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Kemungkinan itu adalah tindakbalas terhadap tindakan segelintir penyokong pasukan itu menyerbu masuk ke dalam padang bagi meraikan gol bersama pemain import pasukan itu,Paolo Rangel

Video Insiden Kekecohan di Stadium TLDM,Lumut