free hit counter

kenaikan pangkat atm automatik tahun 2013

Kenaikan pangkat ATM automatik tahun 2013

Pastinya ia adalah berita yang mengembirakan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dimana akhbar Utusan pada Khamis melaporkan lebih 8,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kategori lain-lain pangkat akan menikmati kenaikan pangkat secara automatik tahun ini

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses kenaikan pangkat bagi tahap pertama itu merupakan sebahagian daripada program penambahbaikan skim perkhidmatan ATM yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013, September lalu

Menurutnya, penambahbaikan skim perkhidmatan ATM memperlihatkan anggota-anggota yang sudah berkhidmat selama lima tahun ke atas tetapi masih berpangkat prebet akan dinaikkan ke lans koperal

Begitu juga anggota berpangkat lans koperal yang berkhidmat 10 tahun ke atas akan dinaikkan ke pangkat korporal. Memang menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan aspek kerjaya dan kebajikan anggota ATM, tidak mengira pangkat dan jawatan,katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 1,487 anggota lain-lain pangkat ATM di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi