free hit counter

keputusan juara bmb bintang mencari bintang ialah achey

Achey juara (BMB) Juara Bintang Mencari Bintang konsert akhir 23 June 2013

foto achey bmb 2013 tv3 keputusan juara bmb bintang mencari bintang ialah achey

Peserta final,  Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati pada Ahad malam

Dengan kemenangan sekali gus membolehkan, anak didik Harun Salim Bachik itu membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi

Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000

foto achey bmb 2013 tv3 1 keputusan juara bmb bintang mencari bintang ialah achey

Untuk tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi

Sebagai makluman, format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam