free hit counter

masalah gangguan haid darah berketul-ketul

Masalah gangguan haid darah keluar berketul-ketul

masalah haid masalah gangguan haid darah berketul ketul

Wanita pastinya akan dihantui kerisauan jika mengalami masalah haid, terutamanya apabila darah keluar dengan banyak dan berketul-ketul dari kebiasaannya

Perkara ini sering kepada golongan berusia 40-an dan sudah berkahwin, namun ia turut terjadi kepada remaja ataupun belum berkahwin

Tindakan yang perlu dilakukan

Wanita yang mengalami masalah pengeluaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan awal

Doktor akan mengambil sejarah perubatan yang penuh, seperti sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan Namun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan dan pelbagai ujian juga perlu dilakukan

Ujian ini termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti aras hemoglobin (sel darah merah) dan juga aras pelbagai hormon. Ujian fungsi tiroid dan prolaktin juga patut diambil

Ini adalah penting untuk mendapat diagnosa yang tepat dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan imbasan ultrabunyi untuk mengimbas sistem reproduksi wanita sama ada mengalami masalah atau tidak

Tujuannya untuk meneliti rahim bagi masalah seperti fibroid, mengukur ketebalan dinding rahim dan kemungkinan wujudnya sista dalam ovari

Bagi wanita yang berusia lebih dari 40 tahun, mereka disyorkan menjalani ujian histeroskopi dan persampelan tisu endometrium (tisu dalam rahim) untuk mencari punca dalam rongga rahim. Sampel tisu endometrium akan dihantar bagi tujuan histologi.

Apa yang penting, adalah untuk melihat jika wujudnya masalah seperti barah atau kanser rahim. Pendarahan haid banyak berlaku pada wanita berusia melebihi 40-an kerana gangguan pada kitaran ovulasi pada ovari

Kitaran normal memerlukan interaksi hormon dari kelenjar pituitari, ovari dan rahim. Paksi pituitari, ovari dan rahim berjalan normal sekiranya tiada masalah pada ketiga-tiganya

Apabila usia melebihi 40 tahun, ada folikel atau benih telur tidak dapat membesar dengan baik hingga ke peringkat ovulasi. Apabila tiada ovulasi, dinding akan dirangsang terlalu lama dan maksimum kerana folikel akan menghasil hormon estrogen yang berlebihan

Apabila dinding terlalu tebal, ia akan luruh dengan banyak sekali dan ini menyebabkan menoragia. Fibroid tidak mengganggu haid kecuali jika ia sudah terlalu besar atau membesar di dalam rongga rahim. Fibroid yang berada di dalam rongga rahim dipanggil fibroid jenis submukosa

Bagi golongan remaja, kaedah rawatan ialah menggunakan hormon seperti pil pencegah kehamilan yang perlu diambil selama 21 hari. Dengan mengambil pil berkenaan, kitaran dan jumlah haid akan berkurangan

Malah, jika mempunyai senggugut, masalah itu pun akan berkurangan dan ada yang hilang terus. Pil ini juga boleh diambil dalam masa yang agak lama dan berisiko rendah pada remaja