free hit counter

pemenang juara tilawah al-quran antarabangsa 2013

Pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2013
johan tilawah al quran antarabangsa 2013 qari qariah 1 pemenang juara tilawah al quran antarabangsa 2013

Dasrizal Marah Naini (kanan) bersama Hajah Boussaq meraih Johan Tilawah Al-Quran pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55

Qari Indonesia, Dasrizal Marah Nainin dan qariah Maghribi(Morocco), Hajar Boussaq masing-masing melakar sejarah untuk negara itu apabila diumumkan sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 yang berakhir pada malam Sabtu 6 Julai 2013

Dasrizal muncul johan qari selepas memperoleh markah sebanyak 93.26 peratus manakala Hajar mendapat markah sebanyak 91.27 peratus

Johan qari dan qariah itu masing-masing membawa pulang hadiah berupa jongkong emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) serta wang tunai berjumlah RM40,000, sijil penyertaan dan piala pusingan

Manakala qari peserta Malaysia, Anuar Hasin ditempat ketiga dan bahagian qariah pula Hanimzah Jalaluddin, mendapat Naib Johan

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang dan menyempurnakan majlis penutup tilawah itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Berikut adalah lain-lain keputusan

Keputusan Qari

juara tilawah al quran antarabangsa 2013 pemenang juara tilawah al quran antarabangsa 2013

Keputusan Qariah

juara tilawah al quran antarabangsa 2013 qariah pemenang juara tilawah al quran antarabangsa 2013

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah bermula pada 29 Jun dan telah disertai oleh 59 individu yang terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termasuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka dan Mauritius