free hit counter

pengawal keselamatan tembak mati pekerja ambank

Pengawal keselamatan tembak mati (Norazita Abu Talib) pekerja Ambank
norazita abu talib pegawai bank mati kena tembak pengawal keselamatan tembak mati pekerja ambank

Norazita Abu Talib, maut kena tembak oleh pengawal keselamatan

Seorang pengawal keselamatan dengan kejamnya telah menembak mati seorang pekerja wanita sebuah bank (pengurus Ambank) di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada  petang Rabu 3 Oktober 2013

Mengenai insiden dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal

Pengawal keselamatan berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan

Tembakan itu telah mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya

Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal

Norazita Abu Talib pengawal keselamatan tembak mati pekerja ambank

Norazita Abu Talib dan anak perempuannya

Norazita Abu Talib gambar pengawal keselamatan tembak mati pekerja ambank

Norazita Abu Talib Dan Rakan Setugas Ambank

Dalam pada itu, polis kini dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu

Video rakaman CCTV sewaktu kejadian