free hit counter

perkembangan terkini datuk seri azizan selepas pembedahan

Perkembangan terkini bekas MB Kedah Datuk Seri Azizan selepas pembedahan

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya sehingga ke paras lutut

azizan tidak meninggal dunia perkembangan terkini datuk seri azizan selepas pembedahan

Beliau yang dibawa ke dewan bedah, telah selesai dan selamat menjalani pembedahan bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada merebak ke bahagian anggota badan yang lain

Difahamkan pembedahan kedua-dua belah kaki Azizan itu perlu dilakukan atas saranan dan nasihat doktor

Perkara yang dimaklumkan itu, dipersetujui oleh keluarga beliau yang akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan

Kemaskini semasa

Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP)

Menurut kenyataan Setiausaha Akhbarnya yang disiarkan, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam tadi

Sehingga jam 5 petang ini, beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk menyambung rawatan di Kedah

Video laporan berita Astro Awani pada 9 Mei 2013