free hit counter

perkembangan terkini pencerobohan di lahad datu sabah

Perkembangan terkini pencerobohan di Lahad Datu Sabah

Mengenai situasi semasa insiden pencerobohan warga asing yang berpakaian ala tentera dan bersenjata api di Lahad Datu Sabah

Media telah melaporkan kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara yang kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka

tentera warga asing ceroboh lahad datu sabah perkembangan terkini pencerobohan di lahad datu sabah

Dalam usaha memulihkan keadaan Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur dalam laporan menyebut pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia

Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan

Dalam perkembangan berkaitan,media turut melaporkan Polis telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata warga Filipina di daerah Lahad Datu jika rundingan yang sedang dilakukan menemui jalan buntu

Mengenai keadaan di kawasan kejadian ia dilaporkan aman dan pihak berkuasa Malaysia turut berhubung dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert del Rosario untuk tindakan selanjutnya