free hit counter

permohonan online rebate rm200 telefon 3g tergendala

Permohonan Online Rebate RM200 telefon 3G tergendala

Disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun yang mendaftar bagi mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar sistem pendaftaran secara atas talian sedikit mengalami gangguan kesesakan

borang rebate rm200 online permohonan online rebate rm200 telefon 3g tergendala

Di jangka bilangan pendaftaran terus meningkat dari masa ke semasa

Skim PKB dilaksanakan tujuh syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Kesan daripada sambutan yang menggalakkan itu, laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my telah mengalami sedikit gangguan kesesakan sejak ianya dibuka

SKMM meminta orang ramai yang masih mencuba untuk mengakses laman sesawang berkenaan agar bersabar untuk sedikit masa lagi

Masalah itu sedang ditangani oleh pasukan teknikal dan SKMM amat menghargai kesabaran orang ramai dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami

Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia dan skim Get Malaysian Business Online boleh dilakukan secara online dari 7 pagi hingga 11 malam

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum