free hit counter

permohonan smt teknik 2014 dan kv vokasional

Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Dan Kolej Vokasional (KV) 2014

Menerusi pemberitahuan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, telah memaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), boleh di mohon secara atas talian (online) di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada 17 September 2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad)

permohonan sekolah teknik 2014 dan vokasional pmr permohonan smt teknik 2014 dan kv vokasional

Permohonan Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online

Untuk tujuan permohonan, sila layari http://www.moe.gov.my bermula tarikh 17 September 2013 ataupun terus melayari aplikasi sistem permohonan dalam talian di pautan (link)

Syarat Umum

Pemohon mestilah warganegara Malaysia. Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013

Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013

Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal

Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali

Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna

Bagi mengetahui info kemasukan dengan lebih jelas lagi layari atau klik pautan http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/info-kemasukan

Untuk syarat khusus klik http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/info-kemasukan/maklumat-permohonan-kemasukan-2/syarat-khusus

Tarikh Tutup Permohonan

Calon perlu membuat permohonan sebelum 25 Disember 2013. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan