free hit counter

punca pencerobohan di lahad datu warga asing ala tentera

Punca pencerobohan di Lahad Datu warga asing ala tentera

Punca pencerobohan kumpulan warga asing yang berpakaian ala tentera dan bersenjata api itu dianggarkan melebihi 100 orang pada Selasa lalu di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikatakan berpunca masalah yang berlaku di selatan Filipina menurut laporan awal media rasmi

tentera warga asing ceroboh lahad datu sabah punca pencerobohan di lahad datu warga asing ala tentera

Namun selepas pihak polis membuat proses rundingan dengan sekumpulan terbabit,kumpulan itu menceroboh kawasan terbabit adalah untuk membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia

Antara 2 tuntutan tersebut – kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi media

  • Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu
  • Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah

Sebelum ini,Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan identiti kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina

Selain itu,Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan

Orang ramai diminta supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin tanpa pengesahahan pihak berkuasa. Tunggu rundingan selesai kerana penjelasan pihakberkenaan (penceroboh) adalah penting,” katanya

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung

Bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini masih dalam siasatan pihak polis