free hit counter

semakan keputusan tawaran matrikulasi 2013-2014

Semakan keputusan tawaran Matrikulasi 2013-2014

semak matrikulasi 2013 tarikh KEPUTUSAN semakan keputusan tawaran matrikulasi 2013 2014Keputusan ke program matrikulasi sesi 2013/2014 dijangka akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM 2012 diumumkan secara rasmi di laman web kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Terdahulu,bagi semakan kemasukan sesi tahun 2012 ia dikeluarkan pada 25 April,Justeru itu tidak mustahil untuk tahun ini dalam lingkungan tarikh dan bulan yang sama

Mengenainya pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun difahamkan tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja

Dalam pada itu,jika keputusan rasmi dikeluarkan kami akan mengemaskini dan juga pautan aplikasi semakan akan dimasukkan dalam ruangan ini untuk rujukan calon yang ingin membuat semakan secara online (atas talian) nanti

Pemberitahuan 23.4.2013
Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013
Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut http://www.moe.gov.my

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran
  • Dokumen peribadi pelajar
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tarikh pendaftaran

Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013

Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja)

info harian kemaskini semakan keputusan tawaran matrikulasi 2013 2014Menurut pemberitahuan dari Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia,aplikasi Semakan Tawaran ke Kolej Matrikulasi akan dibuka pada 25 April 2013 mulai jam 4.00 petang

Untuk membuat semakan,layari atau klik pada pautan (link)http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran

Contoh Semakan Jika Berjaya

contoh semakan matrik berjaya semakan keputusan tawaran matrikulasi 2013 2014