free hit counter

semakan temuduga keputusan maktab kplspm pismp 2013

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM PISMP 2013

Calon lepasan SPM 2012 yang telah membuat permohonan bagi mengikuti program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi ambilan JUN 2013 dijadualkan boleh membuat semakan panggilan temuduga secara online pada 22 April 2013 menurut kalendar aktiviti aplikasi permohonan program perguruan

Namun ia tertakluk kepada perubahan semasa

aplikasi pismp 2013 semakan semakan temuduga keputusan maktab kplspm pismp 2013

Kepada yang berjaya di panggil untuk sesi temuduga, dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM

kalendar aktiviti kplspm pismp 2013 semakan temuduga keputusan maktab kplspm pismp 2013

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa

Maklumat dan perhatian

Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga

Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad

Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan

Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri

Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG

Info lanjut

Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan

Pemberitahuan 22.4.2013

Menurut pemberitahuan semasa di portal rasmi KPM,Moderator laman tersebut memaklumkan bahawa semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 25hb April 2013 (Khamis)

kalendar terbaru kemaskini keputusan pismp kplspm semakan temuduga keputusan maktab kplspm pismp 2013

Kalendar Aktiviti Yang Telah Dikemaskini

Pemberitahuan 26.4.2013

Menerusi pemberitahuan terbaru dari KPM memaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan lagi kepada 6hb Mei 2013 (Isnin)

Aplikasi semakan panggilan temu duga PISMP ambilan Jun 2013

Untuk membuat semakan adakah berjaya dipanggil untuk ditemuduga pada tarikh rasmi yang diumumkan nanti sila layari (klik) http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm

new update semakan temuduga keputusan maktab kplspm pismp 2013Kemaskini 17.6.2013

Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi portal rasmi, memaklumkan bahawa Semakan Tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 boleh dibuat melalui laman web KPM di pautan url http://www.moe.gov.my  mulai 17 Jun 2013 pada jam 10 pagi atau terus klik pautan aplikasi semakan tawaran di