web page hit counter

senarai rasmi syabas jadual catuan air di selangor 2014

February 26, 2014

Berita

Senarai Rasmi SYABAS Jadual Catuan Air Di Selangor 2014

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah mengumumkan pengagihan air berjadual di Kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang disebabkan berpunca daripada Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi

Sehubungan itu, satu notis pengagihan air (catuan bekalan air) berjadual di kawasan terbabit turut disertakan kepada pengguna dalam menghadapi krisis air yang sedang berlaku sekarang

Catuan air berjadual bagi kawasan terbabit iaitu di daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan bermula pada 27 Februari hingga 31 Mac depan dan pengguna akan menerima air selama dua hari dan pencatuan selama dua hari, secara bergilir-gilir

Sebanyak 71 kawasan, yang melibatkan 60,000 isi rumah akan terjejas oleh langkah itu

Orang ramai boleh merujuk kepada jadual berkenaan sebagai langkah persediaan dalam menghadapi masalah bekalan air

Klik- Pelan Jadual Program Catuan Air SYABAS Di Selangor 2014
Tarikh Info: 26 February 2014, Rabu