free hit counter

senarai terkini orang paling kaya di malaysia 2013

Senarai terkini orang paling kaya di Malaysia 2013

Robert Kuok hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion

Kedua iaitu ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow

Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari

20 orang kaya malaysia 2013 senarai terkini orang paling kaya di malaysia 2013

Gambar -senarai 20 orang paling kaya di Malaysia tahun 2013

Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam

Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan

Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion

Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas