free hit counter

serangan gerila pengganas sulu tidak berkesan

Serangan Gerila Pengganas Sulu tidak berkesan

atm ops daulat serangan gerila pengganas sulu tidak berkesan

Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Februari lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu

Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini

Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang,kata Panglima Medan Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim

Zulkiple berkata, taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila, katanya

Taktik Serangan Pasukan Keselamatan : OPS Daulat

ops daulat 9 3 2013 serangan gerila pengganas sulu tidak berkesan

Dalam Ops Daulat, Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pula berkata, pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh

Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat,katanya

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter