
Pada majlis undian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Perak yang muncul juara Piala FA sebanyak dua kali turut meniti laluan berliku selepas diundi menentang pasukan kelab dibarisi ramai pemain kebangsaan iaitu Johor FC yang kini dikenali sebagai Darul Takzim FC.
Juara dan naib juara Piala FA musim ini iaitu Kelantan dan Sime Darby FC mendapat “bye” pada pusingan pertama
Kelantan yang juga juara trebel pada musim ini bagaimanapun berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang naib juara Liga Super, Lions XII FC dari Singapura pada pusingan kedua kejohanan manakala Sime Darby FC akan bertemu sama ada pemenang perlawanan T-Team dan Perlis yang akan berentap pada pusingan pertama
Sejumlah 12 pasukan masing-masing dari Liga Super dan Liga Perdana layak menyertai Piala FA musim depan bersama lima pasukan dari Liga FAM serta satu pasukan jemputan iaitu Preach Khan Reach dari Kemboja
Berikut hasil undian pusingan pertama Piala FA 2013
Selangor PKNS FC lwn Lions XII FC
Sarawak lwn Melaka
Preach Khan Reach lwn Pulau Pinang
PBAPP FC Kuala Lumpur lwn Pos Malaysia
UiTM FC lwn Negeri Sembilan
PDRM lawan Pulau Pinang
SPA Putrajaya FC lwn Terengganu
Kedah lwn NS Betaria FC
Darul Takzim FC lwn Perak
Sabah lwn Felda United FC
Selangor lwn ATM
Johor lwn Pahang
Pahang Kuantan Port lwn ATM Tentera Darat
T-Team lwn Perlis

December 10, 2012
Sukan