free hit counter

tok guru nik aziz pengsan-perlu bersara dari arena politik

Tok Guru Nik Aziz pengsan-perlu bersara dari arena politik?

Umur beliau kini mencecah 82 tahun,tetapi itu bukanlah penghalang untuk beliau bersara dari arena politik dan semalam beliau terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar selepas didakwa hampir pengsan dan keletihan berikutan kepadatan program sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sekitar Johor

 tok guru nik aziz pengsan perlu bersara dari arena politik

Menteri Besar Kelantan itu yang tiba tengah hari semalam sebelum itu menyampaikan ceramah agama di hadapan lebih 500 pengunjung di Dataran Tok Din yang terletak berhadapan masjid tersebut

Ketika berceramah dalam keadaan duduk selama selama 30 minit, beliau tidak menyentuh isu politik

Bagaimanapun, selepas ceramah berakhir, Nik Aziz, terpaksa didukung oleh seorang lelaki kerana mendakwa terlalu letih untuk berjalan sebelum mendapatkan khidmat urutan di masjid berkenaan

Berikutan itu, Nik Aziz terpaksa membatalkan program bersama pelajar sebuah sekolah agama di sini yang dijadualkan selepas ceramah berkenaan

Selepas menerima urutan, beliau bersama rombongan bertolak ke Segamat bagi menyampaikan ceramah

Kelmarin, Nik Aziz bersama pemimpin tertinggi pakatan pembangkang melancarkan manifesto PRU-13 khusus untuk Johor bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan